Wednesday, August 19, 2009

kerana sebutir bintang

tadi ada orang jauh call, aku mula-mula tengah sibuk belajar memblog neyh, tak sedar cakap punya cakap kaki aku laju melangkah turun tangga, buka pintu, and duduk atas buai.

malam neyh mcm ala-ala sunyi sikit.

duduk buai, layan call, dengar bunyi air dari kolam, burung-burung kicau...adeyh. rasa macam dalam drama spektra je.

mula-mula aku duduk je sambil main buai, last-last aku baring atas buai. nampak bintang. sebutir je dia.

mesti dia kesunyiankan...

aku kalau nampak bintang suka layan perasaan

taw-taw je dah bergenang T.T cengengkan...

tak tawlah kenapa, aku rasa bulan bintang macam simbol kesedihan kesayuan kehilangan sajork... akukah yang emo dimalam hari?

mungkin juga...lagi-lagi dengan keadaan aku tadi...haish...

sajak yang aku nukilkan

tergantung bintang
dilangit kelam
dalam sinar cahaya
curahan sang rembulan
begitu asyik tenang dan nyaman
bintang itu sebutir cuma tiada berteman
kerdipannya mempersonakan
bentuknya masih lagi menjadi soalan
yang tiada kunjungan jawapan
namun ia masih juga menjadi pujaan
kerana keindahan
menghiasi dada si langit malam
hadirnya tiada siapa menduga
kilauannya mengusik jiwa
memukau setiap pasang mata
dengan sinar cahayanya
indah untuk mereka puja
namun untuk dipegang tidak berdaya
semua hanya mimpi yang tidak nyata
kerana bintang itu jauh di atas sana
sekadar untuk dilihat dari kejauhan
bukan untuk dipegang atau disimpan
itulah kamu si bintang pujaan
hilang saat subuh menjelang

2 comments:

  1. waaaa! rajinnya memblog!! bagus2!

    bulan bintang bukan simbol kesedihan kesayuan kehilangan... bulan bintang adalah simbol atas kubah masjid...

    ReplyDelete
  2. huhu....betullah tu.

    terajang kau kang

    ReplyDelete